<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/4614558576586924790?origin\x3dhttp://itsonlymyblog-horrifiedveil.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
ahjumma ~

Atiqah. 20. A textile student. Panda Tao ♥ + follow




A Fashion Story

과거 :
Hang out lagi dengan mereka
written on Thursday, June 9, 2011 @ 8:23 PM ✈

Assalamualaikum .

Pukul 8 pagi dah bangun . Okay , itu weird . Cuti nak bangun awal ? Memang tak lah . Apa punya anak dara lah aku ni bangun lambat . But , hari ni harus bangun awal . Online . Pukul 10.30 bersiap . Pukul 11.30 minta tolong ibuku menghantarku pergi ke IOI . Hari ni hangout lagi dengan mereka . Tapi aku tak pernah bosan walaupun kena hang out dengan mereka all the time .

Malam tadi hati berbelah bahagi sama ada nak pergi ke tidak . Sebab masalah kewangan aku kembali . Senang kata pokai . HAHA . Tapi lepas dipujuk oleh Ekin Anuar , aku pergi jugak . Sekadar jalan-jalan ke sana ke mari . Sampai je ke destinasi , ramai yang dah berkumpul . Tiada lah peluk sana sini sebab baru minggu lepas jumpa . Rindunya berkurang .

Mereka mengambil keputusan pergi ke cinema kerana nak menonton wayang . Aku hanya mengikut . Sampai di GSC ,orang memang ramai . Kenapa semua macam nak serbu IOI tu hari ni ? Harus ke hari ni jugak nak serbu ? Mereka membeli tiket wayang . Aku dan Mirza pergi ke tempat lain kerana kami tidak menonton bersama . Al-maklumlah , pokai .

Terus ke food court selepas Mirza jumpa Akeem . Tunggu dua orang hamba Allah yang belum sampai lagi . Ekin dan Wani . Apabila mereka sampai sahaja , teruskan perjalanan . Macam tiada arah tuju dalam hidup je . Berjalan ke sana sini . Mirza dan Akeem pergi main pool . Kami bertiga terus berjalan dan ternampak Pijam . Kami berjalan lagi . / Jalan je kitorang ni -__- / Kami membuat keputusan pergi ke Pelita . Minum sementara menunggu mereka habis menonton .

Memesan Teh O Ais . Minuman kegemaran . / Sedapppp tu . / Baru sahaja ingin memesan roti canai tetapi nawaitu terpaksa dibatalkan kerana roti canai tiada . / Hampeh betul -.- / Ingat dapatlah memenuhi nafsu makan ni tapi makanan yang dihajati tiada pula . Jadi , kami minum sahaja . Terus minum dan minum dan minum sampai air itu habis . Kemudian Mirza datang . Dia juga memesan minuman . Selesai membasahkan tekak , kami membuat keputusan pergi ke IOI semula . Terima kasih Pijam kerana belanja kami berempat . / Thanks Pijam ! :D /

Kembali ke IOI dan berjumpa mereka kembali . Kami buat road block dekat escelator itu . Kami memang ramai . Dah macam rombongan meminang Cik Kiah . HAHA . Sebahagian daripada rombongan pergi solat dan kami yang selebihnya pergi food court . Makan . Semua dah merasakan kelaparan . Aku , Ekin dan Wani pergi ke King's untuk membeli roti . Biasalah , jimat . Heee~ Aku mengambil donat dan croissant . Itu bukan makan tapi melantak tu .

Pergi ke food court semula dan makan . Makan dan makan . Selesai memenuhkan perut , kami pergi bermain bowling . Sampai di disitu , orang memang ramai . Hari ni cuti apa sampai semua lane bowling tu penuh ? Kami terpaksa menunggu giliran . Memang lama nak menunggu . Aku mengambil keputusan untuk tidak bermain . Jam purple aku dah menunjukkan pukul 5 lebih . Aku harus pulang awal . Jadi aku hanya melihat gelagat mereka dan markah jatuhan pin mereka . Tepat 5.30 , aku pulang . Berjalan ke hentian bas bersama Arin dan adiknya Diana dan Alissa .

Naik ke jejantas . Tempat yang penuh dengan manusia-manusia berlagak hot dan macho . / Jahat gila mulut aku -_- / Sampai ke seberang jalan , bas juga tiba . Alhamdulillah . Tidak perlulah terus berpanas di situ . Naik bas dan berdiri . Isi kandungan bas itu boleh dikatakan 95% penuh . Terpaksa berhimpit . Sampai di Tesco , aku turun . Naik jejantas semula . Turun dan terus dail nombor telefon ibuku . Menunggu dan ibuku tiba . Sampai dirumah dan disinilah aku . Update blog . Heee~

Jadi , itu sahaja konklusi apa yang terjadi hari ini . Best gila hang out dengan korang . Lepas ni mesti rindu korang sebab korang dah pergi SEMESTI , ASiS , SESERI , SMSS , MRSM dan SMTS .

0 comment[s] | back to top






© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Do you know ? Honesty is the best policy in life