<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/4614558576586924790?origin\x3dhttp://itsonlymyblog-horrifiedveil.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
ahjumma ~

Atiqah. 20. A textile student. Panda Tao ♥ + follow




A Fashion Story

과거 :
1 Murid , 1 Sukan , 1 Malaysia
written on Saturday, July 2, 2011 @ 5:24 PM ✈


Assalamualaikum .

7.14 pagi . / Nurul ! Bangun . Sekolah tak hari ni ? / . Terus lompat dari katil . Dah macam kena kejar hantu dah . Capai towel terus serbu toilet . Gosok gigi , mandi gaya dekat kem perdana tu . Mandi setakat air kena dekat badan . 

Keluar toilet . Buka wardrobe terus ambil hanger yang ada baju warna merah putih tu . Red Crescent . Siap pakai baju . Ambil jam , purse , stoking , kerongsang campak dalam beg . Iron tudung . 

Turun bawah pakai tudung , buat milo , ambil roti dua keping . Simple breakfast . Cikgu PJK cakap lebih 30% remaja tak breakfast . Jadi , aku tak nak tergolong dalam 30% remaja tu .

Traffic light . Poket aku vibrate . Rupanya orang call . Wani . 

/ Wehhh , kau tak sampai lagi ke ? Dorang dah nak start dah ni . /

/ Kejap kejap . Aku dah sampai dekat traffic light dah ni .

/ Haaa.. Cepat sikit doe . /

/ Okay okay . Byeeeee !

Tutt tuttt . 3 minit lepas tu dah sampai sekolah . Aku nampak KRS dengan BSMM dah tunggu dekat checkpoint masing-masing . Masak aku . Ni semua mimpi malam tadi lah ni . Sengal ayam betul . Sampai sekolah . 

/ Hello Wani . Kau dekat mana wehhh ? Aku dah sampai ni . /

/ Aku dekat blok.. blok C . Yang ada Makmal Bio tu . /

/ Okay okay . Aku datang sekarang . /

Aku pelik . Blok C ada makmal Bio ? Bukan Blok A ke ? Ahhh.. Lantak lah . Janji aku nampak manusia pakai baju warna merah dah lah . Dah nampak dah manusia berjantinakan perempuan tu . Habis aku kena bebel . Disuruhnya balik sebab orang dah lari .

Aku dengan Wani terus keluar sekolah pergi cari checkpoint 3 . Cikgu tu pergi tanpa kami . Berjalan dengan peserta-peserta . Dah macam kitorang yang lari . Cari checkpoint tak jumpa-jumpa . Jalan-jalan sampai sekolah . Cikgu pun turut berlari ditemani anak masing-masing . Comel . 

Sampai sekolah . Bergabung dengan KRS . Tangkap gambar . Hijau diselang-selikan dengan merah . Kombinasi yang cantik . Destinasi seterusnya . Kantin . Makan . Tapi terbatal niat bila mereka kata kena ada kupon . Baru dapat makanan free . Dapat roti dulu . Roti jagung . Macam pergi jungle trekking ahad lepas . 

Blok F . Kawad . Tak sampai 5 minit dah keluar baris . / Cehhhh . Aku dah semangat dah ni Nabil -.- / . Ke kantin semula . Dapat nasi lemak . Beli Teh O ais . Cuci tangan dan mula melantak . Habis makan . Alhamdulillah . Tapak perhimpunan . Tengok orang dapat hadiah cabutan bertuah . Profit lah dapat hamper .

Tangkap gambar lagi . Kali ni bergabung dengan pengakap pula . Merah , kelabu , putih . Menarik . Satu gambar kenangan ditangkap bersama . Terus ke Blok F . Masabili , Laicikang , kawad . Semangat . Padang . Jadi penonton hoki . Panas betul dekat situ . 

Gerak Blok F balik . Stop dekat tempat futsal . Kemain panas dekat situ . Profit lah aku tinggi . Jadi tempat Mirza berteduh . Blok F . Cari plag . Wani charge bb dia . Duduk situ lama - lama . Nasib baik tak panas . Borak dan borak dan borak .

Boring . Jalan - jalan . Jumpa Farah . Pergi Blok F balik . Destinasi utama hari ni Blok F . Sesi luahan perasaan . 12.30 . Balik . Pergi padang . Wani pulangkan wallet dan phone IM . Profit lah . Keluar . Lepas sorang-sorang balik . Nasib baik ada Jing Ye . Temankan aku . Sesi luahan perasaan lagi . 

Balik . Tak tunggu apa terus tidur . Esok duty . Sekolah teknik sebelah . Dapat komisen dan t-shirt . Aku materialistik . Bukan materialiti . Itu prinsip-prinsip akaun . Sebab itu aku sanggup gadaikan cuti . Demi komisen . Tapi nanti homework yang barai . 

Itu saja sinopsis hari ini . Sesi luahan perasaan memang best . Mereka memang memahami . K byeeeeee :)

2 comment[s] | back to top






© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Do you know ? Honesty is the best policy in life