![]() 과거 :
|
Openg Housee
written on Thursday, September 22, 2011 @ 10:35 PM ✈
Assalamualaikum. Sekarang semua mood raya . Ngeh ngeh . Mentang-mentang semalam cuti kan ? Semua raya sakan . Open house sana , open house sini . Femessss boleh lah cerita . Tapi aku pun femess apa ? Banyak invitation . Hahaha . Poyo gila ini budak . Abaikan . 15th September Okay , khamis hari tu kan dah start pergi open house . Orang lain pergi open house pakai baju kurung lawa lawa , omeyy omeyy . Pakai shawl ala-ala Hana Tajima bagai tapi aku pergi raya pakai baju kurung biru , kasut sekolah hitam dengan tudung banyak badge tu . Lagi class . Kalah iklan Ribena tu tau ? Balik sekolah terus tunggu bas pergi SP . First pergi raya rumah Mirza . Kucing dia gebu wooooo . Comel :> Lepas tu pergi rumah Akeem . Alahaiii adik dia , comel gilaaaa :> Aku tertawan dengan kecomelan adik ipar kau Mirza . Teeheeee~ Adik Akeem : Masuklahh . Kenapa tak masuk ? Aku : Alahaii comelnya adik kau Akeem . Adik Akeem main lompat-lompat dekat depan kitorang buat stunt macam dalam cerita Kongsi ;p Akeem pulak jadi baik hidang makanan atas meja . Aku : Nama adik siapa ? Adik Akeem : Nama ? Ultraman *sambil buat gaya Atromen nak lawan musuh Aku : Gila ahh adik dia ni . Comel tahap giga . Boleh tertawan aku macam ni / dalam hati je aku ckp macam ni -..- / Lepas tu makan . Akeem buat blueberry cheesetart dia . Sedappp gila -_____- . Siap tapau lagi . Lepas tu gerak rumah Wan . Ramai kot dekat rumah dia . Aku pergi open house makan mentos 3 biji dengan kerepek bawang je . Class tak class ? Balik dalam hujan . Nina dengan Ayol shuuwitttttt ♥ Semua tengok mesti alahaiii omeyy nya dorang ni . 16th September Turun SP again . Tahun ni pecah rekod turun SP banyak kali . Kalau dulu sebut je SP macam nak pergi Sungai Buloh je jauhnya . Tapi bila dah pergi sekali , hari-hari pun nak pergi . Jumpa Mira dekat Tesco dulu . Then tunggu bas . Panas gila nak tunggu Metro 21 . Bila sampai jumpa Wan dengan Mirza dekat rumah dia then pergi rumah Sharizuan . Lepas tu gerak rumah Nana tapi tuan rumah takde . Market . Lepas tuan rumah sampai , boleh pulak tengok Midori No Hibi . Atototototo omeyy nya Midori tu . Hokhekk . Muka penat tunggu bas :> Anak dara main tepi longkang . Macam mana nak kawin ? Hewhewhew Then raya rumah Danial . Paling happening semuanya . Sebab dah lama tak jumpa kan ? Apa lagi bercerita kemain lagi . Makan nasi lemak . Finally jumpa nasi . Hokhekk . Memang dah lama cari nasi dah pun . Best friends :'> KRK students batch 2 , Haznan , Haikal , Wani , Hazwani and Darwish :'> Lepas tu pergi rumah Hafiz . Raya situ . Ada rojak buah . Sedappppp . Dah lama tak makan . Balik tu Aunty Siti dengan Uncle tolong hantar . Terima kasih banyak-banyak Aunty :> 17th September Hari ni special . Firstly rumah aku . Pukul 11 lebih dah kelam kabut mandi semua . 12 lebih semua sampai . Mira , Mirza , Wan , Adii , Aina , Nana , Arin , Haznan , Sharizuan , Wani and Ekin . Makan and makan and makan . Lepas tu nak gerak rumah Yaya dekat PU . Ibu aku hantar naik kereta . 12 orang remaja muat satu Exora . Hewhewhew . Macam sardin express . Tulang pinggul berlaga , duduk riba , kaki tak rasa sebelah adalah simptom-simptom nya . Bila turun , semua macam yayyyyyyy ! Tapi best , dalam 4 tahun kitorang kenal baru first time jadi sardin XD Makan yeee semua :> Theme kitorang sama this year . Grey ♥ Haznan dengan Sharizuan duduk depan dua orang . Hewhewhew 12 remaja dalam Exora . Hewhewhew ♥ Kita kena faham konsep . Bila duduk belakang , tulang pinggul berlaga :> Sardin Express ♥ Lepas tu nak tunggu Metro 58 pergi Taman Tasi Prima punyalah lama . Macam dekat sejam je kitorang tunggu . Semua stok kipas-kipas , lap peluh , pinjam tisu semua . Naik bas, ada pakcik India boleh pulak tanya several question yang akan membuatkan keselamatan kitorang tak terjamin . And kitorang pun main jawab je . Sekali Wani kata pakcik tu gila **** . Semua cuak . Macam mana aku nak balik naik bas ni ? Dah lah dia tau sekolah dekat mana -.-'' Sampai rumah Yaya, makan makan makan . Then mama Yaya tolong hantarkan dekat Terminal . Thanks Aunty . Then tunggu bas pergi SP balik . Again . Yeahhhhh ! Minggu ni kerja aku dengan Mira pergi SP je . Hewhewhew . Sampai rumah Pijam makan kuih koci 3 biji then air . Koci dia sedap pulak . Hokhekk . Lepas tu balik sebab dah nak malam . Tunggu bas . Aku naik metro sorang sorang . Mula steady je dalam bas . Sekali penuh makhluk asing perlbagai bangsa . Sumpah aku cuak gila . Dah lah Bangla sebalah aku tu tengok-tengok semacam je >.< Bas tu pulak lembab . Makin lambat lah sampai and makin lambatlah duduk sebelah mamat Bangla tu . Sampai je Tesco aku lari turun bas then lari lagi terus masuk kereta . Lepas ni jangan naik bas malam-malam -.- 18th September Twitter: Happy birthday to you, @Amiratiqah lah alien itu, Pakai baju kelabu, Sedondon dengan ehemm ehemm tu. Facebook: Happy birthday to you, Amira lah alien itu, Pakai baju kelabu, Sama dengan MC tu, Happy birthday my alien. Sayang kau ♥ Welcome to the club . Teehee~ #pantungurau Gila lambat nak post benda alah ni . Baru hari ni dapat post . Tsk tsk . Btw , Mira tunggu present kau okay ? So , that'ss all . Kering dah idea . Boboiiii . Iloveyou ♥ 0 comment[s] | back to top |