<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/4614558576586924790?origin\x3dhttp://itsonlymyblog-horrifiedveil.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
ahjumma ~

Atiqah. 20. A textile student. Panda Tao ♥ + follow




A Fashion Story

과거 :
Mengapa perempuan senang masuk syurga berbanding lelaki ?
written on Sunday, August 7, 2011 @ 1:52 PM ✈

BETUL KE... WAHAI WANITA...

Siapa kata jadi perempuan tu senang ?
nak kena tutup sana, tutup sini.
Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tak bising.
Perempuan, stoking pun kena pakai.

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari.
confirm tak tahan bertutup semua
tapi, perempuan cool je .
Tengah panas pun boleh pakai jubah, hebat kan perempuan ?

Siapa kata jadi perempuan tu senang ?
tiap tiap bulan, mesti ada penyakit.
Nak pergi kelas pun susah.
Cuba tengok budak lelaki, selamba je
Kadang-kadang setahun sekali pun susah nak dapat penyakit.
tapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, survive je
tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun tak perasan yang dia sakit.

hebatkan perempuan ?
Siapa kata jadi perempuan tu senang ?
hati mereka Allah jadikan lembut betul
cepat je sensitif.
Cuba tengok orang putus cinta.
Selalu perempuan yang paling susah nak lupa,
lelaki lepas putus cinta cepat je cari yang baru.
Cuba pergi wayang tengok cerita Hindustan,
siapa yang paling teruk menangis ?
Perempuan kan ? Lelaki boleh gelak-gelak lagi .
Lembut tak lembut hati perempuan .
Tetapi dengan hati yang lembut tu perempuan mengagumkan lelaki.

Hebat tak perempuan ?
Disebabkan susahnya nak jadi perempuan inilah, ramai perempuan yang merajuk dengan Allah.
Diorang cakap , Allah tak adil. Kenapa Allah lebihkan lelaki ?
Kenapa perempuan kena dengar cakap suami ?
Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami ?
Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah.
Bak kata orang, nak jaga 10 orang anak lelaki tak susah macam nak jaga seorang anak perempuan.

Disebabkan perasaan negatif terhadap Allah ni, ramai perempuan-perempuan dekat luar sana yang memberontak.
Mereka pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan "lelaki tak payah tutup pun."
Mereka berani bertepuk tampar dengan lelaki.
Mereka sanggup gadaikan diri mereka sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati.

Kesian kan dekat perempuan ?

Disebabkan perasaan negatif terhadap Allah, mereka sanggup rosakkan diri sendiri.
Mereka cakap mereka buat macam tu sebab Allah tak adil.

Persoalannya sekarang ?

Betulkah Allah tak adil dengan perempuan ?
Betul, syurga perempuan terletak di bawah tapak kaki suami.
Tapi cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki dibawah tapak kaki siapa kalau bukan ibunya?

Betul, isteri kena ikut cakap suami.
Tapi, seorang anak lelaki kena taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari ayahnya.
Tak adil lagikah Allah kepada perempuan ?
Allah bukan setakat adil, tetapi Allah sangat sayangkan kaum perempuan.

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak dibawah kakinya.
Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri,
cuma ada 4 orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki itu.
Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki,
bermakna 15 orang yang syurganya bergantung pada seorang perempuan itu.

MasyaAllah, hebatnya perempuan kan ?
Kenapa perempuan hebat ? Sebab kasih sayang Allah yang jadikan mereka hebat.
Cuba dengar lagu-lagu yang berkumandang dekat radio.
Banyak lagu pasal perempuan kan ?
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki.
Sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia.
Masih tak adil lagikah Allah terhadap perempuan ?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan.
Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
perempuan senang nak masuk syurga.

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."

(Hadis Riwayat Ahmad)

Tak adil lagikah Allah terhadap perempuan ?
Oh perempuan, sedarlah
Betapa sayangnya Allah padamu,
betapa cintanya Allah padamu.
Tapi mengapa kamu hendak merosakkan diri kamu kerana fikiran-fikiran negatif yang tidak berasas dekat Allah ?

Allah jadikan perempuan itu sebagai hiasan dunia.
Bayangkan dunia yang besar ini, dunia yang cantik ini, kita jadi hiasan.
Dah seindah-indah hiasan itu wanita solehah.
Kesiannya dekat perempuan yang menolak untuk menjadi seindah hiasan kan ?

Wahai wanita, nampakkah betapa sayangnya Allah kepadamu ? Kenapa kamu masih berdegil untuk mengikut perintahnya. Pernahkah engkau tahu betapa sedihnya Allah pabila melihat kaum wanita yang sepatutnya senang untuk memasuki syurga menjadi perempuan yang durjana.

YA ALLAH
Kau ampunilah dosa-dosa kami,
Kau berilah kami kesihatan tubuh badan,
Kau berilah kami rezeki yang melimpah ruah,
Kau berilah kami jalan yang lurus,
Kau kuatkanlah iman kami.


Credits to : Faceblog




0 comment[s] | back to top






© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Do you know ? Honesty is the best policy in life