<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d4614558576586924790\x26blogName\x3dHORRIFIED+VEIL\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://itsonlymyblog-horrifiedveil.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://itsonlymyblog-horrifiedveil.blogspot.com/\x26vt\x3d-2612771148591426887', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
ahjumma ~

Atiqah. 20. A textile student. Panda Tao ♥ + follow




A Fashion Story

과거 :
Revenge
written on Sunday, July 29, 2012 @ 12:55 AM ✈

Assalamualaikum wbt and annyeong.

JR sangat kelakar. JB *____*


Selamat berpuasa semua. Ahak, lambatnya aku. Well, at least still puasa tak raya lagi. Raya tahun ni stress tahap cimpanzi sebab lepas tu trial. Foineee -.- Cepat ah 28th November. Title 'Revenge' tu takde kena mengena dengan mukadimah aku. Hakhakhak. *makan biskut* K, sekarang malam okay? Takpe kalau aku makan pun. Okay jom proceed! *background sound lagu yang creepy*

Tarikh: Aku dah lupa.
Waktu: Class Agama dekat sekolah

"Ustazah, kitorang ngantuk lah ustazah *buat muka Puss in Boot*" "Kamu semua penat ke? Ustazah bagi kamu qailullah dulu 20 minit sementara ustazah ajar adik kamu ni mengaji dulu" "Yayyyy! *scene lari masuk tempat solat perempuan and landing*" Baiklah semua. Silalah berlakon seperti scene diatas. Sorang ustazah dan lima sekawan. Maka, aku, Mirza, Suhaiela, Hazwani and Madi pun landing lah. Yang succeed sampai ke alam mimpi hanyalah aku dan Hazwani sebab yang lagi tiga teman aku ni makin hyper bila ustazah bagi qailullah.

Aku pun dah on the way masuk alam mimpi time tu bila tiba-tiba aku rasa macam ada makhluk genit tengah pijak-pijak jari-jemari ku yang panjang dan tak mulus tu. Aku peduli apa time tu sebab aku ngantuk so aku terus tidur tapi aku macam half tidur half sedar walaupun mata tutup. Sila fikir sendiri macam mana keadaan tu. Aku pun keep on dengan qailullah aku tu sebab 20 minutes is precious for students that will only get back home at 1.45 p.m.

Suddenly, ada suara apa tah yang creepy gila tahap cipan tapi aku kenal suara tu. And at the same time makhluk genit tu pijak-pijak lagi aku punya jari-jemari. "Tiqa, kau tak tinggi.. Kau pendek.. Dengar tak apa aku cakap ni.. Kau tak tinggi.. Kau pendek.." "Tiqa.. Kau tak suka korea.. Lelaki korea tak handsome.. Kau benci korea.." At that time aku dah kenal itu suara Mirza and Suhaiela dan aku dengar Madi gelak-gelak. Aku pun keep on buat-buat tidur. "Tiqa, kau pendek.." "Tiqa, kau benci korea.. Kau tak suka korea.." And at that time, aku dah super duper nak tahan gelak dah. Seriously!

Lepas dah tak tahan sangat, aku pun pura-pura terjaga and dorang punya muka dah cuak macam baru lepas kerat badan orang then bagi musang makan je. Aku gosok-gosok mata *eksyen lebih* and terus tanya "Kenapa ni?" Dorang pulak terus tanya dekat aku "Kau dengar apa-apa tak tadi?" Aku pun katalah tak. Padahal dalam hati dah bagai nak gila dah gelak. Dorang pulak sambung tanya "Tiqa! Kau suka korea tak?" "A'ah! Suka tak?" Dalam hati aku dah gelak jahat dah. "Korea? Tak pun......." Waktu tu muka dorang dah macam muka orang dapat 10A+ dalam SPM akan datang. Then aku sambung balik ayat aku "Tapi of course aku sayang gila dekat korea *sambil tenyeh mata lagi*" Muka dorang time tu dah macam orang hilang anak sugar glider je. Bhahahahahahaha XD Lepas tu kelas start macam biasa and otak aku dah fikir idea nak kenakan dorang balik.

Tarikh: Lepas tarikh yang atas ni
Waktu: Perhimpunan

Kitorang yang pengawas ni pun halau lah budak-budak yang taknak beratur dekat depan macam halau *sila isi sendiri*. Then Suhaiela dengan Mirza dah riak, hidung tinggi macam pinochio je sebab dorang dapat hypnosis aku semalam. Idea aku pun dah menetas dalam otak. "Weh, semalam aku mimpi tau. Aku mimpi kau dengan Su hypnosis aku pakai tali yang ada benda bulat tu.Time tu korang cakap 'Tiqa.. Pendeklah.. Tiqa kau tak suka korea.." Muka aku blur time tu. Kononnya lah kan? Muka dorang memamng dah terkejut beruk. Jangan kata beruk, segala sepupu sepapat beruk pun terkejut.

"Betul ke?" "Biar betul wehh? Kau mimpi?" Mirza! Kita berjaya. Kita boleh pukau orang!". Mirza pulak dah timbul keraguan. Hakhak. "Tiqa, betul kau tak dengar apa kitorang cakap semalam?" "Tak pun. Korang buat apa dekat aku?" "Takde pape pun. Hehehe." "Kau buat apa semalam? Baik cakap...." "Takde pape pun." Lepas tu masuk kelas. Time PK kot or time apa-apa yang menggabungkan kelas kitorang, Mirza dengan Su cerita dekat Madi. Dorang dah macam tak percaya. The whole day Mirza asyik potpetpotpet pasal dia bunya ability untuk hypnosis orang yang diwarisi daripada ayah dia.

Muka dorang lebih kurang macam ni.

And the whole day dia cakap pasal sub-concious mind. And aku rasa keriakkan dia berlarutan sampai keesokkannya. Tak lama lepas tu dorang decide bagitau aku apa yang dorang buat and aku pun dah pura-pura marah. Hekhek. Padahal tak rasa pape pun. And Mirza pun post lah entry pasal keEPICan cerita aku kena hypnosis yang tetibe masuk ke alam mimpi tu. Memang sepanjang masa tu dorang berbangga dengan ability dorang tu. Sorry girls, your ability to hypnosis others did not work.

And here's the revenge for them. All this while aku iarkan dorang riak dulu dengan ability dorang tu. Kononnya lah kan :P And now terimalah apa yang terjadi wahai Suhaiela and Mirza. Peace ^^V And Mirza, silalah hentam apa-apa atau tarik apa-apa yang flapping lepas ni kalau kau rasa geram. Hakhakhak. Cause I know you'll get crazy after knowing the fact :P

I bet Mirza punya reaction akan macam ni.

Muka Dongho macam *sila isi sendiri* Ini perasaan aku dapat kenakan dorang balik XD

Hahahahahahaha XD Kesian Mirza dengan Su. Takde bakatlah korang nak jadi tukang pukau. Btw, tadi aku masak chocolate cake. First attempt. Semangat gila aku buat untuk adik aku sebab birthday dia hari tu aku janji nak buat. Dah siap aku pun semangat nak makan. Tunggu sejuk. Before potong : Yayyy! Dah siap dah cake adik! Masa potong : Yayy! Ibu jom potong dengan adik! Lepas makan : Sedap.... Tak sedap -_____- Me : Yeke? Tak sedap? T^T Aku rasa and then, yes it is not sweet. Aku ulangi kesilapan masa lalu. Gula! Gula! Gula! Esok aku nak pergi beli chocolate and repair balik cake tu. Arghhh! Apa nak jadi masak pun tak jadi then macam mana nak jadi chef? Banyak betul jadi aku. 

Tapi lepas tu aku makan sedap sebab aku tabur banyak chocolate rice atas tu. Aaaaaaa cake aku tak sedap. Nasib baik ibu tak makan TT^TT

Ppyong.


0 comment[s] | back to top






© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Do you know ? Honesty is the best policy in life