<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d4614558576586924790\x26blogName\x3dHORRIFIED+VEIL\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://itsonlymyblog-horrifiedveil.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://itsonlymyblog-horrifiedveil.blogspot.com/\x26vt\x3d-2612771148591426887', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
ahjumma ~

Atiqah. 20. A textile student. Panda Tao ♥ + follow




A Fashion Story

과거 :
Bazaar Koperasi
written on Thursday, June 21, 2012 @ 10:59 PM ✈

Assalamualaikum wbt and annyeong.

Aku tak sekolah hari ni. Ahahaha. Ponteng. So tah hape hape of me. Semalam ada Bazaar Koperasi. Not bad lah event dia walaupun tak macam Hari Kantin. Why? Because Hari Kantin ada outsiders and Bazaar Koperasi no outsiders. So, keuntungan yang dapat pun kurang :P Semalam siapa tah cakap "Outsiders tak kedekut." Haaa.. Kan?


Syok-syok tumblring sekali ada gif ni. Otomatik dalam neurone dalam otak hantar impulse so that aku fikir dua perkara. First, Suhaiela suka petting aku macam ni -.- Second, Koizora ni sedih woii. Teringat time pergi rumah Sunana time Form 3. Aku menangis tengok cerita ni T^T Lamanya masa berlalu.

Semalam dekat rumah aku dalam dilemma sama ada nak pakai baju ikut dress code or langgar dress code? Last last aku bantai langgar dress code. Selamba je pakai seluar slack and tudung hitam. Alaa.. Someone ada cakap semalam "Kalau 100 orang pakai tudung hitam, takkan cikgu nak tahan kat tapak perhimpunan kot." Haaa.. Kan? Aku bawak banyak barang semalam. Berat gila. Hahh. Menipu. Astaghfirullah. Takdelah berat mana. Tapi boleh lenguh tangan kalau pegang lama-lama.

Pagi tu baru cikgu bagi kupon. Ingat tak bagi. Melepas nak beli macam-macam. Biasalah kalau ada big event macam ni, budak keluar masuk kelas sesuka hati pun cikgu tak perasan. Aku dengan Mirza pergi 5B rasa Nina punya spaghetti. Sedap gila! Siap reserved lagi tu. Lepas tu aku, Mirza and Suhaiela keluar pergi beli mineral water. Then kitorang makan ice cream. Hahaha. Pagi-pagi dah makan ice-cream. Lepas tu angkat barang pergi dewan KH. Then jalan-jalan kejap. Lepas tu masuk dewan KH balik kemas-kemas.

Starry Cafe kembali beroperasi selepas setahun ditutup. My section is the serving section. Nampak macam senang tapi susah gila. Lagi susah daripada cooking section. But I just love my work. Walaupun aku tergopoh gapah and menjerit sana-sini. Well, that's just me. Menjerit sana-sini is so me. Haihhh.. How am I going to change like this? Waktu banyak customers memang hectic gila! Aku tak habis habis "Nugget lagi!" "Mana hottopus?" "Nak pancake! Nak pancake!" Use your imagination to imagine how I screamed.

Tak lama lepas tu aku and Mirza keluar jalan-jalan. Actually time tu bukan shift kitorang pun. Kitorang tolong-tolong then blah. Terus pergi rumah hantu. Dendam Maisarah. Rumah hantu lower 6. Memang berjanggut berjambang bermisai lah kitorang tunggu nak masuk. Semua gara-gara ada hamba Allah yang tidak mengamalkan ilmu Sivik yang dipelajari dengan memotong barisan. Fuhhh~ Mencabar keimanan kitorang bertiga untuk curse. At the end, masuklah kitorang. Takdelah creepy mana. Just manusia yang pakai telekung tu je yang buatkan kitorang "Ahhhhh!" for 2 seconds. Yang lain sungguh biasa.

For the first time aku masuk rumah hantu tak takut sangat. Weeeee~ *dancing* Lepas sesi berpeluh kering balik peluh kering balik peluh kering balik tu selesai, kitorang pergi round satu sekolah cari makanan. Sangat sangat boring. Sebab tak banyak gerai. Then aku habiskan RM15 dengan beli tempua nugget, rumah hantu, ice blended, sweet corn, lime freeze and tembikai. Tiptop habis. Habis round, datang cafe balik sebab shift kitorang time tu.

Mirza jadi pancake girl and I'm the frying ahjumma. Hohohohoho :P That riak moment bila Mirza punya pancake turns out to be so nice and cute. And aku pun macam "Mirza jangan riak. Tolong jangan riak." Time aku masak and the pancake turns out good, aku pulak riak. Hahahaha :D And kitorang continue masak walaupun dah tutup kedai. Still laku okay? Pancake yang penghabisan untuk kitoran taste. Memang sedap T^T Wai Hong, can I have your recipe? Can ah?

Lepas tu kemas kemas and balik! Aku and Mirza bertapa dulu dekat luar sementara nak tunggu pukul 4. Panas betul time tu. Walaupun Bazaar Koperasi tak sebest Hari Kantin tapi memang enjoy working with my classmates. Wai Hong sangat sangat polite and awesome and cute with the apron and cekak and hardworking. Memang awesome! Balik tu after makan terus tidur. Penat. Sangat penat and lenguh. And terus hari ni tak sekolah. Kesian Mirza sorang-sorang dalam kelas.


Ini sangat-sangat hiperbola. Aku menangis tengok Secret Garden tu pun takdelah sampai macam ni. Tah berapa gelen air mata dia tu -.- Hahhh.. Boringnya post aku. Post aku makin lama makin boring. Taring dah tumpul :P Cehh, bajet macam before this post aku awesome sangat. Btw, I have second blog. Yang tu blog untuk fanfiction aku. Still under construction. But still, korang boleh baca part one Love Illusion tu. Hahaha. Lame kot FF aku tu. So, adios amigos. Assalamualaikum wbt :)


0 comment[s] | back to top






© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Do you know ? Honesty is the best policy in life