<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d4614558576586924790\x26blogName\x3dHORRIFIED+VEIL\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://itsonlymyblog-horrifiedveil.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://itsonlymyblog-horrifiedveil.blogspot.com/\x26vt\x3d-2612771148591426887', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
ahjumma ~

Atiqah. 20. A textile student. Panda Tao ♥ + follow




A Fashion Story

과거 :
Eid Mubarak
written on Sunday, August 26, 2012 @ 6:28 PM ✈

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh and annyeong.

Hai. Selamat Hari Raya. Lewls~ Lambatnya aku hapdet blog pasal raya. Well, blog ai kan? Muahahaha XD Alhamdulillah tahun ni still lagi beraya. Raya tahun ni awesome disebalik kecuakkan dalam diri my cousins and I yang masing masing ada major exam this year. UPSR, PMR, SPM. Lengkap package. SPM? Saya letteww~ Ya Allah mohon dipermudahkan segala urusan nak jawab trial dan exam sebenar nanti. Aminn~

Menjelang raya

Hari Khamis dah bertolak balik Kedah dah. Tak jam. Takde feeling balik raya. Harharhar. Tapi kalau jam kang kesian ibu bawa kereta lama-lama. Tapi berhenti dekat R&R tu feeling raya. Ramai orang. Berhenti dekat R&R semua sebab aku. Sakit perut. Berbuka ayam sambal and cheezy wedges. Pfft, sambal dengan cheese tak boleh bertembung dalam perut aku. Menjelang raya for sure anak-anak dara dekat rumah kena tolong masak. I mean tolong prepare bahan masak. Potong potong, kopek kopek, kupas kupas. Tahun ni banyak meriam. Boom sana boom sini. Sebab tu aku tak boleh study. Gugur aorta dengan vein aku dengar bunyi boom.

1 Syawal

Pagi-pagi bangun tolong susun-susun kuih raya, mangkuk, gelas. Menu raya? Mee kari, lemang, nasi himpit, rendang, gulai daging. Sedap. Sangat sedap. Tema tahun ni? Tak ada tema. Tapi aku dengan ibu sedondon. Hikhik.


That's me. Tahun ni warna coklat. Tudung bawal. Polka dot. Sedondon dengan ibu. Aku suka baju tu. Sejuk. 


Meet Syahirah my lil cousin. Aku panggil Shera je. Hoho. Sungguh epic muka kitorang. Act, Shera nak tunjuk gelang bunga jejarum di tu. 


My lil brotha. Dia pun kemain lagi main bunga jejarum tu. See me? Bajet ayu dengan bunga dekat tudung sambil buat duck face. Saya tak cantik dan tak lawa macam awak. Lol *dapat 100 like*. Pfft~ 

2 Syawal

Hari ni kitorang pergi open house. Rumah yang open tu dekat sawah bendang. Lawa. Ingat nak turun camwhore dengan cousin tapi tak nampak jalan XD Makanan dia sedap-sedap. Aku makan bihun sup dengan rojak. Tapi.. Ais kacang dekat 5 kali aku tambah. Hantu ais kacang maaa~


The perempuans and terselit adik aku dekat belakang. Me, ibu, Boy, mak ngah, Nani. First raya kitorang takde gambar raya. Ini pun jadilah walaupun yang perempuan je. Baju tahun lepas aku grand. Hoho. Menyampahnya~


Me again. Baju tahun lepas, pashmina tahun lepas. Recycle. Kita kena galakkan recycling kan? Jimat duit tak payah beli baju kurung banyak-banyak.


Suasana nak pergi beraya. "Mana kasut?" "Mana kunci kereta?" "Jom pergi raya!"

3 Syawal

Hari ketiga baru dapat study. Itu pun still tak fokus. Mood raya turn on. Mood study turn off. Macam mana aku nak dapat A+?


Dengan adik lagi. Ready nak pergi kenduri. Aku pun tak tau kenapa muka dia macam tu.


SPM candidate. Buku kena sentiasa di tangan. Tapi bacanya tidak. Pfft~

4 Syawal

Duduk rumah baca buku sambil tengok TV3. Lepas tu ayah ajak pergi Menara Alor Setar. Yayy! Jalan-jalan . Rehatkan minda. Kononnyalah~


View from atas menara. Boleh nampak laut dari situ. Tapi aku gayat. Tak berani pergi tepi. Penakutnya aku.


With my cousin Nani. Disebabkan kitorang berdua ni keding and angin dekat atas ni memang kuat tahap apa je, so kitorang berdua dah macam nak terbang. Itu sebabnya aku tak berani jalan tanpa berpaut.


Happy family! Adik je takde sebab dia photographer :D


Us again. Bawah menara. Tudung macam asdfghjkl sebab angin. Bawal kan? -.-

Hari Jumaat bertolak balik KL and semalam balik Negeri Sembilan pulak tengok wan. And today kena struggle study! Must! Selasa ni trial. Pray for me, pray for us. Dikesempatan ini, aku nak minta maaf atas segala salah-silap, terkasar, terkutuk atau segala ter lagi. I ain't perfect. That's all from me. See ya again lepas trial. Assalamualaikum :)















0 comment[s] | back to top






© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Do you know ? Honesty is the best policy in life