<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d4614558576586924790\x26blogName\x3dHORRIFIED+VEIL\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://itsonlymyblog-horrifiedveil.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://itsonlymyblog-horrifiedveil.blogspot.com/\x26vt\x3d-8751812785088173814', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
ahjumma ~

Atiqah. 20. A textile student. Panda Tao ♥ + follow




A Fashion Story

과거 :
Jamuan Perpaduan 1 Malaysia Esempi
written on Friday, October 5, 2012 @ 6:15 PM ✈

Assalamualaikum wbt and annyeong.


Aku memang suka part ni. Hoho
Hai. Lamanya tak hapdet. Well, budak SPM kena belajar okay. Walaupun trial dah habis, still kena study sebab lagi 30 hari nak SPM. Trial aku dapat 4A. Aku bangga walaupun 4A. Alhamdulillah. So, semalam sekolah ada buat Jamuan Perpaduan 1 Malaysia Esempi. Bagi aku jamuan tu macam nak release tension candidate PMR, SPM and STPM macam aku. Lol. And semua pakai baju tradisional. Aku rasa macam hari raya pulak.

SMASH'M meniaga semalam. Gerai kitorang nama dia Anonymous. Pagi-pagi tu aku datang terus pergi pondok burung. Suhaiela suruh pergi kantin aku taknak. Nak berjemput jugak. Lol gediknya -.- Suhaiela jugak yang tolong angkat barang. Hohoho :P Lepas Madi and yang lain sampai, kitorang prepare buat sandwich telur. Hazwani buat kitorang cuak je bila dia kata baju dia habis kena minyak. Ingatkan dia bermandi minyak, rupanya kena sikit je. Buat cuak je wehhh.

Lepas tu prepare barang and start meniaga. Penat gila wehhh. Nak bungkus nasi lemak bagai. Ingat senang? Yang tukang bungkusnya aku. Yang tukang isinya Suhaiela and Mirza. Aku rasa dalam sejam je dah licin nasi lemak tu. Aku pun tak sempat nak rasa nasi lemak Suhaiela. Tsk tsk. Bila nasi lemak dah habis, baru gerai kitorang lengang sikit. Part yang tak boleh blah bila poster kitorang jatuh and ada budak India pijak. Aku suruh angkat dia gelak je. Sangat asdfghjkl -..-

Dah habis kitorang jual, kitorang makan laksa makcik sebelah gerai. Sedap laksa dia. Air Ribena tiga cawan aku bedal semalam. Sebab haus and aku almost tumbang. Aku kan senang tumbang dan disebabkan aku senang tumbanglah aku boleh predict bila aku nak tumbang. Banyak gila tumbang -.- Aku baru ingat nak makan steamboat semalam tapi dah habis -.- Lepas tu sambung kemas pulak. Tengah kemas-kemas tengok dekat pentas dorang tengah ready nak menari Gangnam Style. Aku lari dengan camera pergi rakam.

Cikgu Krishnan, Pengetua and Puan Khor pun join sekali. Tu memang awesome bila Pengetua yang sakit kaki pun boleh menari Gangnam. Serious lawak gila. Tapi video dia aku tak upload lagi. Habis Gangnam Style aku sambung kemas balik. Dah habis kitorang kemas and kira duit, kitorang pergi surau. Rest time! Sakit gila belakang aku semalam. Dapat relax dekat surau memang best! Then kitorang camwhore dalam surau tu. Ada budak Form 3 kitorang gajikan dia dengan wafer Cloud 9 untuk jadi kitorang punya photographer. Hohoho :P

Pukul 1.10 balik. Balik tu aku kemas-kemas rumah. Petang tu pulak siap-siap nak pergi Majlis Solat Hajat. Before that pergi ambil ayah dekat Bukit Jalil. Aku pergi Masjid dengan adik aku berdua je. Malam tu baru parents aku and adik aku datang. Lepas tu ada makan-makan. Then balik. And tadi aku tak sekolah. Aku demam. Suhaiela pagi-pagi dah text aku marah-marah sebab aku tak datang. Dia kata aku melepas makan puding roti Madi and nasi lemak dia. Sad life of me.

Tu je. Aku malas upload gambar masuk dalam ni sebab nanti dia jadi semacam je gambar dia. Tengok sendiri dekat Facebook aku. Bye. Assalamualaikum guys.

0 comment[s] | back to top






© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Do you know ? Honesty is the best policy in life