<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d4614558576586924790\x26blogName\x3dHORRIFIED+VEIL\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://itsonlymyblog-horrifiedveil.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://itsonlymyblog-horrifiedveil.blogspot.com/\x26vt\x3d-2612771148591426887', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
ahjumma ~

Atiqah. 20. A textile student. Panda Tao ♥ + follow




A Fashion Story

과거 :
5A Farewell Party
written on Wednesday, December 5, 2012 @ 1:00 AM ✈

Assalamualaikum wbt and annyeong.

So, hari ni first day aku keluar lepas habis SPM. Dah dekat seminggu habis SPM baru keluar. Lol. Orang lain petang tu dah keluar. Pagi tadi datang sekolah hantar buku teks. Aku sampai je dengan Arin, tengok macam takde orang. Seriously, mana semua orang? Taknak hantar buku teks ke? Lepas tu jumpa Mirza dekat pondok burung. Kitorang bertiga antara orang terawal yang hantar buku teks and kitorang jugaklah Melayu pertama yang hantar buku teks. Yang lain semua Chinese. Hahaha rajinnya kitorang. Lol

Lepas habis hantar buku, aku dengan Mirza terus pergi IOI. Pukul 9 dah gerak dah. On the way nak pergi bus stop ada anjing. Dua ekor. Kitorang dah ke kanan. Ke kiri balik. Ke kanan balik. Lol taku anjing. Hakhakhak. Siapa tak takut? Buat kalau anjing tu kejar? Menjerit tak sudah. Lepas tu kitorang pun sampai dekat bus stop setelah menempuh pelbagai onak dan duri. Perghhh hiperbola sungguh. Disebabkan kitorang lari-lari, terus jadi lapar. Dahlah tak bekfes. Breakfast.

Sampai IOI kitorang terus pergi Pelita. Bekfes. Breakfast. Lol annoyingnya. Roti canai crispy with Teh O ais. Cukup untuk alas perut sampai 11.30. Habis makan kitorang borak and borak and borak. Habis borak kitorang pergi McD and sambung borak lagi. Hahahahaha XD Dah puas borak kitorang pun pergi window job vacancies. Bukan window shopping. I'm broke. Poor me. It's hard to see all of those sales tags everywhere without even purchasing it. Haih. Nak tunggu pukul 11.30 tu dah berapa kali kitorang tawaf IOI. Lifeless je rasa. Pergi Little Pantry tengok takde orang. Jalan lagi.

Then, kitorag dengan macam ada orang panggil kitorang dari belakang. Puing-pusing and it's Ekin and Yaya! Maigoddd! Seriously rindu gila dekat dorang. Kitorang pun buatlah sesi Jejak Kasih dekat situ. Jealousnya dorang dah kerja. Dah ada life. Kitorang still nampak macam budak lepasan PMR bukan SPM. Sedih. Takpe, tunggu esok. Aku cari kerja. Dah habis sesi Jejak Kasih kitorang tawaf lagi. Pegi new wing. Sampai dekat new wing, aku rasa macam ada sorang Chinese ni nak terkam kitorang. Sekali pusing "Lahhhh! Teacher!". Aku ingatkan siapalah tadi.

Then kitorang pun pergilah Little Pantry dengan teacher. Masuk masuk memang "Woahhhhhh! Cutenya! Comelnya!". Macam dalam taman. Kitorang masuk dekat section yang teacher dah reserved tu. Ada banner tulis 5A Farewell Party. Awhhhh, macam nak nangis. Lepas tu sorang sorang datang sampailah penuh. Teacher bagi door gift. Key chain gajah. Comel gilo. Lepas tu jamuan pun start. Mula-mula dorang serve ice lemon tea. Sedap. Aku tak suka ice lemon tea. Tapi yang ni sedap. Lepas tu diorang serve tomato soup. First time rasa tomato soup. Sedap. Siap ada cheese lagi. Aku dengan Mirza main teka-teka apa ingredients yang ada dalam tu. Haha XD Tapi sebab banyak sangat, aku tak habis.

Then, kitorang tunggu dorang serve main course. Mine was chicken chop. Daebak! Besar gila ayam dia. Sedap gila. Mirza punya nasi dengan Thai seafood. Nasi dia banyak gila. Aku makan chicken chop tu sampai tak larat dah. Dah habis chicken chop, time for dessert! Chocolate cake! This is so heaven. Cream dia tak manis sangat. Memang daebak! Dah habis makan teacher bagi ucapan. Ahhhhh, sad moment. Teacher kata kitorang last batch yang dia ajar sebab next year dia dah transfer pergi Kinrara. Byebye teacher T^T

Dah habis ucapan from teacher then Wai Hong and Joo Yin bagi ucapan. Time dah habis tu, Wai Hong "Terima kasih Pn. Yap!". Kitorang semua pun "Terima kasih Pn. Yap!". Last time. Kitorang berdua pun round lagi IOI tu pergi window job vacancies. Kitorang pusing sampai lenguh kaki and then pergi Pizza Hut. Redeem free pizza. Sedapnya. Jalan lagi sementara nak tunggu order siap. Dah siap, ambil pizza and balik! Hujan. Nasib baik tak lebat. Balik tadi ingat nak online nak habiskan kdramas aku tapi ada petir bagai. So, tidur is the best solution for a lifeless girl. Lol

Farewell

Us with Pn. Yap :'D





Ppyong.







0 comment[s] | back to top






© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Do you know ? Honesty is the best policy in life