<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d4614558576586924790\x26blogName\x3dHORRIFIED+VEIL\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://itsonlymyblog-horrifiedveil.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://itsonlymyblog-horrifiedveil.blogspot.com/\x26vt\x3d-8751812785088173814', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
ahjumma ~

Atiqah. 20. A textile student. Panda Tao ♥ + follow




A Fashion Story

과거 :
After awhile
written on Friday, April 12, 2013 @ 11:41 PM ✈

Assalamualaikum wbt and annyeong.

Long time no see aite? More than a month kot. Last update bulan 2. Fuhh~ Ini memang pecah rekod. Kot? Ahahaha. Life sekarang tak macam life time sekolah. Lepas balik sekolah nak lepak lepak guling-guling terbongkang tidur tah berapa jam pun boleh. Tapi sekarang? 4 jam break rasa macam 1 jam je. Like what? Balik kerja, borak-borak dengan ibu and then mandi-basuh-baju-makan-buat-milo dah pukul 12. Lepas tu khatam dua buah komik yang dibaca dengan penuh konsentrasi dah perasaan mengalahkan baca penyata pendapatan akaun je dah amik masa dekat dua jam. Memang takde masa nak update blog. Luls. Nak sekolah balik.

So, for sure result SPM dah keluar. I got half from what I took. Kiralah sendiri. Memang bersyukur sangat-sangat for the result. Why? Sebab aku rasa effort aku tak banyak mana. Macam boleh kira dengan jari tangan plus jari kaki je. Luls menipu lah tu kot. Although aku still jealous dengan Mirza and Madi sebab diorang dapat more. Tapi takpe, lepas ni kena dapat lagi lebih. Yang pasti macam biasa, aku tak nangis masa ambil result. 3 kali ambil result, no tears. Duhh, macam kurang feel pulak XD

Ahaha, forget about the result. Adik-adik, belajarlah betul-betul. And always ingat, Form 4 bukan honeymoon. BUKAN SAMA SEKALI. Jangan jadi macam aku. Berhoney moon kejap. So, tutup mukadimah. Masuk isi.

Since kerja ni, nak keluar memang tak dapat lah kan melainkan time off day. So, tiap kali off day, boleh kata  aku keluar selalu lah. 8 out of 10 rasanya. Luls. And tiap kali keluar, boleh kata tengok wayang jelah kerja aku. Haha XD And for sure selalu keluar dengan ikan yu kesayangan aku tu, si Suhaiela. And rabu lepas ni pun keluar lagi. Dengan Suhaiela kesayangan aku lagi. IOI lagi. Tempat yang sama lagi. Aku takde lesen macam yang lain. Huaaa nak ambil lesen. Tapi takde duit T^T

So, cadang nak keluar dengan Su sekali clash dengan dia punya test computer. Memang aku expect nanti confirm aku bertapa dulu dekat Popular ke Daiso ke dulu before dia sampai. Sekali dalam pukul 10 tu dia dah call kata dia dah buat test dah siap pass with flying colors lagi. Chukahae Suhaiela~ Aku pun terus rushing pergi siap. And sampai lambat. Dia dah sampai dah pun. Ahak kesian kau XD

Lepas dah jumpa dia terus pergi survey handphone. I need a new phone. And since aku dah ada gaji, bolehlah beli. Rasa macam handphone tu lagi berharga sebab beli dengan titik peluh sendiri XD I bought Galaxy Y. Comel, compact, tak bulky, murah. Althought aku teringin nak S3 Mini or Note. Lol next year lah XD Aku kan tak pernah beli menatang gajet ni sendiri. Selalunya ayah yang belikan. Laptop ayah belikan, phone pun sama. So, hari tu kitorang pergi satu-satu kedai tanya harga berapa then sampai dekat kedai Samsung. Pilih yang tu. Terus cakap "Ni berapa? Saya nak yang ni.". Macam tu je. Hahahaha XD

Then, bayar, isi warranty segala bagai then blah macam tu je. Mana aku reti nak tanya berapa gib ke menatang apa tu semua takde. Hahahaha kelakarnya rasa XD Lepas tu aku dengan Suhaiela pergi beli cover apa semua then pergi cari si Anas tu. Berapa kali kitorang pusing-pusing Mcd ke Sushi King tu tak jumpa-jumpa. Dah jumpa, terus pergi masuk Sushi King sebab masing-masing dah lapar. Sekali, hari tu membercard day. Macam Kenny punya Red Day. Siot ayam betul.

Tak dapat Sushi King, kitorang pergi Sakae Sushi. Terus masuk and macam "Wahhhh! Order pakai iPad :O". Kitorang bertiga order ramen. And for sure makan sushi. Yang murah lah. Kena save budget XD Part kelakar is that Suhaiela and Anas order green tea and green tea tu tak sedap. Anas memang tahan je minum tu. Aku try minum then terus macam..macam.. Korang pernah baca Lawak Kampus? Kan ada manusia yang macam beralun sikit tu? Aku macam tulah. Kalau tak faham, abaikan. Luls.

Ramen tu banyak gila sampai aku tak dapat nak habiskan. Habis je makan, terus pergi Daiso and Popular. Nak duduk baca buku dekat Popular sekali guard tu kata situ tak boleh duduk. Kacau betul lah. Baru nak feel baca buku. Lepas tu aku dengan Su sambung pergi Mcd sebab nak redo aku punya UPU balik. Tapi internet macam hape je dekat situ and thus, conclusionnya membazir satu update. Sekali hujan. Lebat sangat. Aku dengan Suhaiela mula-mula tunggu nak naik bas sekali dengan abang dia. Tapi hujan lebat sangat then masuk balik. Lama sangat tunggu, diorang bantai nak redah hujan dan tinggallah aku sorang-sorang.

Tapi hujan still lebat. Nak taknak aku naik atas pergi Daiso beli payung yang super kawaii then jalan pergi bus stop. Gila apa nak naik bas malam-malam. Dah lah bas mini banyak makhluk asing. If you know what I mean. Kang nak keluar tu pun kang lagi satu seksaan. Tapi nasib baik sampai time maghrib. And fortunately bas kosong. Hoorey.

And tadi aku pergi kerja, bawak payung sebab tengah panas terik macam dekat Gurun Sahara. K, hiperbola je lebih. Payung Daiso tu transparent. Aku pakai macam biasa. Sekali rasa macam apahal tak teduh-teduh ek? Panas menggelegak sama je. Then baru perasan payung tu transparent. Luls terus aku tutup balik payung jalan macam biasa. Rasa macam bodoh pun ada. Conclusion, lain kali tengok dulu payung tu transparent ke tak kalau nak pakai time panas terik. Hakhakhak XD

K, itu je bebelan kali ni. Sekadar nak buat post baru. Till next time. Adios~

0 comment[s] | back to top






© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Do you know ? Honesty is the best policy in life